Friday 27 July 2012

Salam Ramadhan ;)

Assalamualaikum....
First, rasanya masih belum terlambat utk cik S wish kan Selamat Menyambut Ramadhan pada kali ni... semoga semua ibadah kita diterima Allah dan dapat menunaikannya dgn sempurna... insyaAllah..;)


~hepi Ramadhan~

Ok, entry kali ni cik S nak kongsikan sebuah peristiwa besar yg berlaku di bulan Ramadhan (Jumaat, 2 Ramadhan, tahun ke-2 Hijrah) iaitu berlaku perang pertama dalam Islam iaitu Perang Badar. Badar merupakan sebuah lembah yg terletak diantara Mekah dan Madinah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik iaitu kawasan sumber air yg terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota menentang 1000 anggota tentera musyrikin Mekah yg lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 ditawan dan bakinya berjaya melarikan diri.

Peperangan ni merupakan peristiwa yg luar biasa apabila tentera Islam yg kurang jumlahnya, lemah dari segi kelengkapan dan berpuasa di bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas tetapi berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yg berjuang demi keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yg dijanjikan.


Surah Al-Imran ayat 123-125
    "sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya"


p/s : sebab itu lah kita jangan cepat mengeluh dan berputus asa dalam buat ibadah nak2 dalam bulan puasa ni kan... bulan puasa = bulan penuh 'keberkatan'... so, masa nilah kita banyakkan buat ibadah sunat (terawih,sahur,baca Quran,berzikir, dan bermcm2 lagi lah) =P, yg wajib mmg dah wajib kena buat... banyakkan bersabar, berjimat cermat terutama haaaa.... time nak beli makanan kat bazar.. heee..


do' and don't..........
*** jangan ponteng puasa taw!! kecuali ehemm3... (paham2 ler) ;P hihi

Friday 20 July 2012

Kau Kawan, Sahabat & Teman



Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku
Huuuu....aaaaa.....
(ulang dari mula)
Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama
;) selamat berkaraoke hik3 ;)

Friday 13 July 2012

aktiviti riadah....


Assalamualaikum....
      Hari ni cik S boring.. xtaw nak cakap pe... just nak kongsi aktiviti cik S and kawan2 waktu petang hari tu.... kitorang g jalan2 sekitar tasik kolam basah kat belakang fakulti kitorang... tasik tu agak besar la jgk, byk ikan2 terpelihara kat situ...yg paling banyak ikan keli..! serius memang banyak lah!.. xkan jalan2 je kan.. so, kitaorang bawak epal beberapa bijik bagi ikan2 tu makan.. epal??? haha.. ikan makan ke epal?.. eh, makan pe.... bagi je, ikan2 tu makan taw... sonok! tgk ikan2 ni makan...heee~


ikan keli yg banyak giler!

ikan merah pon ade...:)



berusaha untuk mendapatkan makanan...



cantekk~

sahabat2 yg join 

wan. fayad, fifi

sampai nak naik atas darat!

sonok! nak joging sekitar tasik ni pon bole~ :D semoga ikan2 ni terus terpelihara dengan baik n jayanya... ;)