Friday 27 July 2012

Salam Ramadhan ;)

Assalamualaikum....
First, rasanya masih belum terlambat utk cik S wish kan Selamat Menyambut Ramadhan pada kali ni... semoga semua ibadah kita diterima Allah dan dapat menunaikannya dgn sempurna... insyaAllah..;)


~hepi Ramadhan~

Ok, entry kali ni cik S nak kongsikan sebuah peristiwa besar yg berlaku di bulan Ramadhan (Jumaat, 2 Ramadhan, tahun ke-2 Hijrah) iaitu berlaku perang pertama dalam Islam iaitu Perang Badar. Badar merupakan sebuah lembah yg terletak diantara Mekah dan Madinah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik iaitu kawasan sumber air yg terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota menentang 1000 anggota tentera musyrikin Mekah yg lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 ditawan dan bakinya berjaya melarikan diri.

Peperangan ni merupakan peristiwa yg luar biasa apabila tentera Islam yg kurang jumlahnya, lemah dari segi kelengkapan dan berpuasa di bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas tetapi berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yg berjuang demi keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yg dijanjikan.


Surah Al-Imran ayat 123-125
    "sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya"


p/s : sebab itu lah kita jangan cepat mengeluh dan berputus asa dalam buat ibadah nak2 dalam bulan puasa ni kan... bulan puasa = bulan penuh 'keberkatan'... so, masa nilah kita banyakkan buat ibadah sunat (terawih,sahur,baca Quran,berzikir, dan bermcm2 lagi lah) =P, yg wajib mmg dah wajib kena buat... banyakkan bersabar, berjimat cermat terutama haaaa.... time nak beli makanan kat bazar.. heee..


do' and don't..........
*** jangan ponteng puasa taw!! kecuali ehemm3... (paham2 ler) ;P hihi

No comments:

Post a Comment